Friday, October 9, 2009

KAJIAN BAHAN DAN TEKNIK
Bahan dan teknik memainkan peranan yang penting dalam proses penghasilan sesebuah karya seni. Hal ini kerana hanya melalui teknik sahaja sesebuah karya seni itu dapat dikenal pasti identiti dan maksud yang ingin disampaikan. Bahan pula akan memainkan peranan dalam membantu pengkarya mengolah teknik yang dipilih dalam proses penghasilan karya mereka. Terdapat beberape bahan yang sering digunakan dalam proses penghasilan sesebuah catan cat air antaranya:
1. Warna
- warna memainkan peranan penting dalam proses penghasilan sesebuah
catan cat air. Terdapat berbagai-bagai pilihan warna yang ada di
pasaran kini. Namun, pengkarya atu pelukis perlulah bijak dalam
membuat pilihan warna. Hal ini kerana hanya melalui pilihan warna
yang betul dan bermutu sahaja sesebuah karya akan kelihatan bermutu
dan cantik.
2. Berus
- berus memainkan peranan penting dalam proses penghasilan mana-mana karya yang melibatkan media basah. Penggunaan berus yang betul dapat dilihat apabila sesebuah karya mempunyai kesinambungan teknik yang betul. Setiap berus yang telah digunakan perlulah disimpan di tempat yang betul dan dengan cara yang betul. Terdapat beberapa jenis berus yang sering digunakan dalam proses penghasilan sesebuah catan cat air seperti bepermukaan rata, bulat, bright, filbert, dan fan blender. Kesemua berus ini mempunyai peranan masing-masing dalam proses penghasilan catan.
3. Palettes / Bekas pembancuh warna.
- alat atau bahan ini juga memainkan peranan yang penting proses penghasilan sesebuah catan cat air. Alat ini akan dijadikan sebagai bahan atau tempat untuk pengkarya membancuh warna-warna yang ingin digunakan dalam menghasilkan catan mereka. Alat ini selalunya terdiri daripada plastik atau kayu.
Terdapat beberapa lagi bahan lain yang sering digunakan oleh setipa pengkarya dalam proses penghasilan karya mereka. Namun, bahan-bahan ini hanya digunakan mengikut kesesuai yang diperlukan sahaja. Antara bahan-bahan tersebut adalah seperti gumstrip atau pelekat kertas. Ia digunakan untuk melekatkan kertas yang akan digunakan ke atas papan sebagai penghadang semasa proses penghasilan catan dilakukan. Selain itu, terdapat beberapa lagi bahan lain yang digunakan sebagai bahan sampingan dalam proses penghasilan catan antaranya ’button bad’ dan tisu. Bahan-bahan ini digunakan mengikut kesesuain teknik yang ingin digunakan oleh pengkarya.

No comments:

Post a Comment