Friday, October 9, 2009

LATAR BALAKANG / SEJARAH CATAN DUNIA DAN TANAH AIR

Catan adalah salah satu daripada hasil seni yang menggunakan media basah dan disapukan pada sesuatu permukaan rata yang kering seperti kertas atau kanvas. Walau bagaimanapun, proses penghasilan catan tidak hanya terbatas di atas kertas dan kanvas sahaja. Hal ini kerana, bagi bidang seni catan kontemporari pelbagai permukaan boleh digunakan seperti di atas permukaan kayu atau besi. Antara media-media basah yang boleh digunakan dalam proses penghasilan catan adalah terdiri daripada cat seperti cat air, cat minyak, cat akrilik, cat poster, dan cat gouce.

Penghasilan catan awal telah dijumpai di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada zaman purba lagi. Antara bahan-bahan yang telah digunakan dalam proses penghasilan catan pada zaman ini adalan terdiri daripada bahan-bahan semulajadi yang dicampur dengan air dan disapukan pada permukaan dinding gua. Penghasilan catan moden di negara Eropah bermula sejak zaman Renaissance, iaitu pada abad ke-14 lagi. Zaman ini merupakan zaman kemuncak penghasilan catan di Eropah. Keadaan ini menunjukkan bahawa negara-negara Eropah sudah pun mempelopori seni catan sejak sekian lama lagi. Antara catan yang dipercayai telah dihasilkan pada 10 000 hingga 20 000 tahun yang lampau telah dijumpai di Gua Altamira, Santander, Sepanyol. Ia dipercayai telah dihasilkan oleh masyarakat purba pada zaman Paleolitik. Di Malaysia, seni catan telah mula berkembang pada awal abad ke-19. ia dimulakan oleh pelukis-pelukis Malaysia yeng telah mendapat pendidikan di Institusi Pengajian Seni di negara-negara Barat.

Terdapat beberapa orang pelukis tempatan yang menggunakan teknik cat air antaranya Abdullah Ariff dengan karyanya yang bertajuk ’Bumi Bahagia-Lombong Bijih Timah’ dan ’Coconut Plantation-Dawn’, Yong Mun Sen bersama karyanya ’Drying Nets’ dan’Rumah Atap di Tepi Laut’ serta Khaw Sia dan karyanya iaitu ’Menyeberang Sungai’. Selain itu, terdapat juga beberapa orang pelukis tempatan yang mengetengahkan teknik catan cat minyak antaranya adalah seperti Syed Ahmad Jamal bersama karyanya iaitu ’Umpan’ dan ’Gunung Ledang’, Abdul Latiff Mohidin dengan karyanya yang bertajuk ’Pemandangan I’, serta Lai Fong Moi bersama hasil karyanya yang bertajuk ’Pagi Hari di Kampung’.

Sejatah catan di Malaysia bermula apabila tertubuhnya persatuan cata ir Pulau Pinang aiaitu pada sekitar tahun 1930-an. Umumnya, pelukis-pelukis ketika itu merakamkan keindahan pemandangan alam sekitar dan aktiviti masyarakat seperti pekerjaan di sawah-sawah padi dan ladang-ladang. Abdullah Ariff, Yong Mun Seng, Tay Hooi Keat dan Kuo Ju Ping merupakan antara pelukis atau pengkarya yang aktif dalam persatuan ini. Pelukis0pelukis ini menggunakan teknik wash yang mampu merakamkan kesan cahaya dan bayang-bayang menerusi sapuan-sapuan berus dan warna yang spontan serta segar.

Di samping faktor pendudukan Inggeris, penghijrahan para pelukis Cina seperti Cheong Soo Pieng, Chen Wen Hsi dan Georgette Chen ke Tanah Melayu juga menyuburkan lagi bidang seni lukis moden tempatan. Kebanyakan daripada mereka menerima pendidikan formal seni lukis di bandar-bandar besar China seperti Shanghai dan Canton yang sekali gus telah mendedahkan mereka kepada kesenian Barat. Kebanyakkan daripada karya-karya mereka memperlihatkan terutamanya unsur-unsur Post-Impresionisme dan Kubisme, di samping ciri-ciri kesenian Cina seperti kaligrafi dan landskap. Berbeza dengan pelukis-pelukis cat air Pulau Pinang, pelukis-pelukis Nanyang lebih banyak menggunakan cat minyak dengan sapuan warna tebal ala impasto. Ternyata bidang ctn moden tempatan pada tahun-tahun 1930-an itu dipengaruhi oleh faktor sejarah, sosial, ekonomi dan politik. Faktor-faktor tersebut berterusan pada tahun-tahun 1940-an dan seterusnya.

Pengaruh seni catan Barat semakin subur pada pertengahan dekad 1950-an dengan tertubuhnya Wednesday Art Group yang oleh Peter Harris. Pelbagai tema dan stail wujud hasil daripada prinsip seni sebagai wadah ekspresi diri. Antarnya mereka merakamkan landskap, tema kedaerahan, isu sosial dan figura manusia.

2 comments: